Siapa antara anda yang sudah menduga jawapan tersebut keluar dari mulut Hanez Suraya, sila angkat tangan. Heh, cliché dan selebriti Malaysia berpisah tiada. Ini kenyataan terbaru pelakon ini kepada Harian Metro.
“Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang. Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam macam selepas saya dedahkan untuk berkahwin baru baru ini?” jelas Hanez Suraya yang juga menafikan lari dari media.
“Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang, kenapa keluarga lelaki memberi restu dan dia (R) sendiri yang melamar saya? Dakwaan saya menghasut lelaki itu untuk menceraikan isterinya tidak betul sama sekali,” tambahnya lagi.
Hanez Suraya juga berkata yang beliau akan mengadakan sebuah sidang media khas pada Khamis ini untuk menjelaskan perkara sebenar sekali gus mahu membersihkan namanya dari kontroversi ini. Bawa kekasih sekali boleh?
0 comments:
Post a Comment