23:57
0
Semua ini gara gara kisah kontroversi Hanez Suraya yang bercinta dengan suami orang, ramai juga artis yang sedang menjalinkan hubungan cinta ini ditanya soalan tentang status kekasih mereka — manalah tahu bergelar suami orang tetapi berlagak bujang. Eh.

Marsha Milan Londoh juga tidak terkecual terkena tempias apatah lagi apabila penyanyi, pelakon dan pengacara ini lebih suka menyorokkan identiti kekasihnya dan ianya sekali gus menimbulkan keraguan di hati orang ramai.

“Dia (teman lelaki) bukan duda atau suami orang. Dia solo (ketawa). Memang saya takut. Apa yang Hanez Suraya sedang lalui sekarang membuatkan saya agak takut sehingga saya membuat kaji selidik mengenai latar belakang kekasih. Memang sah dia bukan suami orang (ketawa)”

“Kalau boleh, saya tidak mahu terlibat dengan suami orang. Sebab kalau saya dalam situasi wanita itu, saya juga tidak suka bermadu. Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan,” ujar Marsha kepada Kosmo! hari ini.

Mengakui yang kekasihnya hanya orang biasa bukannya berstatus VIP, Marsha mengakui yang beliau memerlukan seorang teman lelaki untuk meluahkan rasa manja dalam dirinya walaupun pernah gagal dalam percintaan beberapa kali sebelum ini.

“Setiap orang memerlukan seseorang untuk menyayangi diri kita. Lebih-lebih lagi, saya ini seorang yang manja. Saya perlukan seorang lelaki yang boleh saya curahkan rasa manja saya. Dia buat kita rasa sentiasa positif dan membuatkan diri kita ada arah tuju serta ingin menjadi lagi bagus,” tambahnya lagi yang bakal keluar dengan jenama pakaian sendiri.

SUMBER : ROTIKAYA.COM

0 comments:

Post a Comment