Maklumat terbaru , pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta yang kini sedang hamil tiga bulan juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Rozita yang tampil menerusi satu sidang media hari ini, dia memaklumkan bahawa dirinya telah kerugian hampir RM500,000 gara-gara tindakan sebuah stokis yang menggunakan nama dan gambarnya untuk mempromosikan produk kecantikan dan kesuburan mereka di media sosial.
“ Sebelum ini pengurus saya telah pun menghubungi stokis dan pemilik produk mereka dan meminta agar iklan tersebut diturunkan.
” Malah saya sendiri telah menegur individu tersebut di laman Instagram. Namun, selepas 3 bulan, iklan tersebut masih tidak diturunkan,” katanya.
Akibatnya, pihak lain yang mahu melantik dirinya sebagai duta mahu menarik semula tawaran tersebut kerana kes itu masih belum diselesaikan.
“Padahal saya tidak tahu menahu pun tentang produk itu. Saya tak mahu jadi bodoh. Jadi saya rasa saya harus bersihkan nama saya dan tidak mahu pihak yang tidak bertanggungjawab ini terus menggunakan nama saya tanpa kebenaran”
“Sebelum ini pihak ada ada menghubungi agen produk berkenaan dan meminta supaya mereka menurunkan gambar saya tetapi pihak berkenaan tidak berbuat demikian. Saya juga ada memberi komen di laman Instagram mengatakan saya tidak mengunakan produk itu”
“Saya minta secara baik tetapi mereka tidak peduli. Jadi saya terpaksa menghantar notis tuntutan. Lagipun disebabkan hal ini, sebuah syarikat produk kecantikan terpaksa menangguhkan hasrat saya untuk mengambil saya sebagai duta mereka”
“Disebabkan itu juga saya kerugian lebih kurang RM500,000,” kata Che Ta pada sidang media khas yang diadakan di Flora Cafe, Ampang Walk, pada Jumaat.
Sementara itu penguam yang mewakili Che Ta, iaitu Ahmad Fuad Hasim berkata satu notis tuntutan akan dihantar kepada syarikat berkenaan dalam masa terdekat ini.
“Kami akan menghantar notis kepada syarikat tersebut dan memberi tempoh selama 14 hari dari sekarang untuk mereka menurunkan gambar Rozita Che Wan. Disamping ada beberapa tuntutan lain termasuk tuntutan wang ringgit. Jika mereka enggan berbuat demikian, tindakan susulan akan dikenakan,” tegas Ahmad Fuad.
Dalam pada itu Che Ta menegaskan beliau hanya merupakan duta kepada hanya dua produk kecantikan iaitu Safi Rania Gold dan Longevite. Justeru beliau berharap pihak syarikat yang bertanggungjawab itu dapat menghormati keputusannya sekaligus tuntutan notis tersebut sebagai peringatan kepada pengusaha produk-produk yang lain supaya kes seperti ini tidak di pandang ringan oleh masyarakat.
Sumber : Rotikaya.com
0 comments:
Post a Comment