18:22
0

Sudah hampir 10 tahun dia berusaha membina kariernya sebagai pelakon, namun dia belum berjaya menempatkan namanya sebaris dengan bintang popular yang lain.

Akan tetapi , menerusi drama bersiri ‘Love You Mr. Arrogant’ dia telah berjaya menjulang nama Zara Zya sekelip mata sehingga berjaya merangkul trofi Artis Baru Meletop dalam Anugerah Meletop Era, baru-baru ini.

Itulah yang dinamakan rezeki. Apa yang lebih penting, ia sebenarnya bukan datang bergolek, tetapi selepas berusaha sekian lama.

Ketika diajukan dengan persoalan adakah Zara akan meletakkan harga tinggi jika ditawarkan berlakon selepas ini, pelakon itu ada jawapan yang tersendiri.

Katanya, isu bayaran tidak perlu timbul selagi bayaran yang diberikan berbaloi dengan tuntutan lakonannya, memetik sebuah akhbar tempatan.

Tambahnya lagi, bayaran yang diletakkan olehnya sehingga kini masih lagi sama.

"kalau berlakon setakat satu adegan, takkanlah hendak minta bayaran tinggi-tinggi. Senang cerita, berpada-padalah ya…",ujarnya lagi .

0 comments:

Post a Comment