19:04
0
Hanez Suraya

Boleh nampak yang Hanez Suraya kali ini tidak mahu bercinta lama lama sebelum mendirikan rumah tangga selepas mendedahkan yang beliau bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun tidak lama lagi.
“InsyaAllah pada tahun ini kami berkahwin, tarikh sudah ada tetapi belum boleh diumumkan kerana masih lagi mencari lokasi yang sesuai dan kalau boleh saya tidak mahu bertunang tetapi tengok macam mana keputusan keluarga nanti,” ujar Hanez Suraya.
Bercakap tentang sifat bakal suaminya itu, Hanez Suraya mengakui jejaka tersebut sebagai seorang yang kuat cemburu, tidak romantik tetapi matang dan serius mahu menjadikan dirinya sebagai isteri dan teman hidup.
“Lepas berkahwin nanti kenalah hormat keputusan suami, sekarang sahaja dia agak cemburu kalau ada sesi fotografi yang memerlukan saya bergambar mesra dengan lelaki, inikan pula berlakon berpelukkan”
“Sejak bercinta dengannya, saya juga sudah tidak boleh keluar malam — kalau keluar siang sekalipun kena balik awal,” tambah Hanez Suraya yang tidak kisah untuk berhenti dari dunia seni selepas berkahwin jika itu permintaan suami. 

0 comments:

Post a Comment