Ini menarik. Lama tidak dengar kisah tentang Dynas Mokhtar dan tahu tahu sahaja ada khabar angin dikalangan para peminat mengatakan yang rumah tangga selebriti ini kini sedang dilanda masalah. Betulkah?
Bercakap kepada Utusan Malaysia semalam, Dynas Mokhtar menafikan sebarang gosip yang mengatakan rumah tangga beliau goyah ketika ini dan mengakui banyak membaca gosip tentang mereka yang pastinya tidak benar.
“Alhamdulillah, kami masih baik, tak ada persengketaan seperti yang didakwa. Saya banyak baca gosip mengenai kami, jadi saya memang tidak ada benda untuk beritahu,” ujar Dynas Mokhtar.
Dynas Mokhtar dan suaminya Hafizy Hafiz bernikah pada 15 Mac 2008 lalu dan selepas tujuh tahun melayari alam rumah tangga, keluarga bahagia ini kini memiliki dua orang anak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment