07:50
0

Risiko dan bahaya minuman berkarbonat. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard menegaskan pengambilan satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh memberi kesan terhadap serangan jantung.


Kajian terhadap lebih 40,000 lelaki menunjukkan keputusan yang mengejutkan di mana kandungan gula dalam minuman berkarbonat meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus, dan boleh menyebabkan kematian.
Ketua penyelidik berpendapat pengambilan gula yang berlebihan akan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung. Ujian sampel darah yang dibuat pula menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki protein serta lemak yang tinggi dalam darah dan boleh dikaitkan dengan serangan jantung. Paras kadar kolestrol yang baik pula akan menjadi rendah.
Kajian tersebut juga menunjukkan semakin banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan diawet yang ditambah gula, ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung sama seperti minuman berkarbonat. Keadaan menjadi lebih buruk apabila seseorang itu mempunyai amalan yang kurang sihat seperti merokok, pengambilan alkohol dan sebagainya.
Penyelidik membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisis maklumat yang disediakan oleh responden melalui soal jawab khas setiap dua tahun, dari tahun 1986 sehingga tahun 2008. Selamat Mencuba :)

credit to "terjumpa dalam blog lain, tak ingat url dan ingin berkongsi"

0 comments:

Post a Comment