“Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya”
“Gambar-gambar yang dimuat naik itu pun jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera kad nama para jemputan”
“Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam haram seperti yang disebarkan di laman laman sosial,” jelas Nora Danish seperti dipetik Kosmo! hari ini.
Nora Danish juga berkata yang beliau sebagai pengunjung atau pelanggan pastinya tidak tahu jika restoran dan kelab malam tersebut tidak mempunyai lesen untuk beroperasi dan tiba tiba sahaja namanya dikaitkan dengan perkara tersebut.
Tidak mengapa Nora Danish, peminat pandai untuk menilai sendiri ‘kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment